Sunday, May 29, 2011

aktiviti dan bayaran kemudahan di piw

Paya Indah Wetlands yang terletak di daerah Kuala Langat berada dalam 5km dari pekan Dengkil
Seluas 450.76 hektar  telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Kanun Tanah Negara Sub-Seksyen 62(1)(No. 175 Akta 56 1965) dan beroperasi di bawah jabatan PERHILITAN. Pelbagai program dan aktiviti yang dapat dijalankan di sini.
Terdapat 220 spesies tumbuhan akuatik dan daratan, 229 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 species reptilia, 10 spesies amfibia & 14 spesies ikan 

 Paya indah wetlands dibuka dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7 petang setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum.

Aktiviti & kemudahan yang disediakan

Aktiviti memancing di kolam Typha juga dibenarkan setiap hari kecuali hari jumaat secara percuma.


Aktiviti berbasikal RM5 untuk 2 jam

Aktiviti air berkayak,menaiki bot dan paddle boat secara percuma (DIHENTIKAN SEMENTARA WAKTU UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN)


Aktiviti memberi makan hippo(kundra,juwita & chendana) pada pukul 10-10.30 pagi setiap hari

  
Aktiviti memberi makan buaya pada pukul 11 pagi setiap hujung minggu dan cuti am sahaja





Burung yang bebas berterbangan dapat dilihat di sini seperti burung Pangling,Ruak-ruak,Rapang duit,Belibis dan pelbagai lagi.

Disediakan juga menara tinjau untuk melihat kawasan sekeliling maksimum 10 org sekali naik
Tapak hari keluarga yang sesuai untuk majlis keraian hari keluarga mahupun majlis perkahwinan kemudahan yang ada ditapak hari keluarga ialah tandas,tempat BBQ,padang untuk aktiviti sukaneka dan gerai-gerai makan dengan kadar harga yang berpatutan iaitu RM175


Menyediakan kemudahan chalet untuk pelawat yang ingin merasai suasana keheningan malam di sini pada kadar RM120/hari


 Dewan seminar RM250/hari

Belibis kafe RM150
PIW menyediakan juga dua buah bilik asrama yang memuatkan 16 orang/bilik. Bayaran yang dikenakan ialah RM9/orang.

Tempat letak kenderaan yang luas dan percuma

Kemudahan surau

Kemudahan tandas

Trek berkuda
landak
merak biru
ayam pegar
lawatan ex situ seperti landak,kuang raya,merak biru & ayam pegar
aktiviti bersama keluarga iaitu bermain layang-layang dan terdapat juga gerai yang menjual layang-layang
aktiviti menanam pokok
aktiviti rumah melayu

bermain gasing di rumah melayu

Aktiviti fotografi di zon rekreasi 









1 comment:

  1. Memang best! Kena datang nikmati sendiri! kepada yg duduk area Lembah Klang tu tunggu apa lagi, dekat jer ni... Jom layannnn

    ReplyDelete